Latihan & Program Penanda Aras Pemahaman Sistem Komuniti Koperasi Kredit & Latihan Saemaul Geumgo di Korea Selatan

25 Ogos 2019 :  Tuan Haji Md Jailani Bin Sulaiman selaku pengerusi Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah menjadi wakil untuk menyertai program ini ke Korea Selatan bersama-sama wakil Koperasi yang lain selama 7 hari 7 malam pada 25 hingga 31 Ogos 2019 yang lalu. Program ini ialah satu program latihan pengurusan kredit komuniti yang digunapakai oleh Korean Federation of Community Credit Cooperatives (KFCC). Sistem ini telah membawa impak yang besar dalam komuniti Korea yang mana boleh dicontohi dan diikuti oleh koperasi-koperasi di Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk memahami budaya Saemul Geumgo iatu cara-cara mengenai pengumpulan kewangan, sistem dan teknologi mereka. Selain itu, untuk menubuhkan model penanda aras bagi perbankan dan Koperasi Kredit di negara kita.

    Not Tags

Leave a Reply