Lawatan Ke KOGURU Terengganu

6 Januari 2019 : Aktiviti lawatan pihak Koperasi ke Terengganu diteruskan ke Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) di Kuala Terengganu. Lawatan kami ke KOGURU adalah bagi membalas lawatan mereka ke KOPESADIK iatu pada 19 januari 2018 tahun lepas. Lawatan ini disertai oleh semua Anggota Lembaga, staf pengurusan dan turut disertai Eksekutif Syariah Bank Islam iatu Encik Mohd Mawerdi Bin Sairi.

Kedatangan kami disambut baik oleh kakitangan mereka iatu Puan Noraini Mohamad dan tiga orang lagi pegawai. Taklimat Lawatan Perkongsian Maklumat ini disampaikan oleh Tuan Haji Alias Yahya selaku Pengerusi KOGURU. Warga KOPESADIK dijemput untuk membuat lawatan ke setiap unitunit pejabat KOGURU. Lawatan ini bersurai sekitar 12.30 tengah hari sebelum penyampaian Cenderahati KOGURU kepada pihak KOPESADIK sebagai tanda terima kasih mereka. Semoga hubungan silaturrahim diantara pihak koperasi dengan KOGURU sentiasa terjalin erat.

    Not Tags

Leave a Reply