Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah didaftarkan dibawah subsekyen 18(3) Akta Koperasi 1993 pada 2 Mei 1972. Ia pada asalnya dinamakan Koperasi Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Anggota pada ketika itu hanyalah terhad kepada perkhidmatan kakitangan kerajaan dalam sektor pendidikan.

Pada 10 Mei 1998, nama Koperasi Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Pendidikan telah ditukarkan kepada Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK) dimana anggota dibuka kepada semua kakitangan berumur 18 tahun keatas yang bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta.

Kawasan operasi Koperasi ialah diseluruh Malaysia.

MISI

Membina asas kemajuan Koperasi melalui aset dan kemudahan kredit.

VISI

Peneraju dalam urusan pembiayaan kredit dengan membantu Anggota menyelesaikan masalah kewangan.

OBJEKTIF

Untuk menjadikan Koperasi antara salah satu Koperasi yang mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

MATLAMAT

Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya mengikut prinsip Koperasi.

MENGAPA MEMILIH KOPESADIK?

badge
Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
note
Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
venn-diagram
Permohonan diproses secara telus dan jujur
time
Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja