20 Disember 2019 : Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah melaksanakan “Back to School Programme 2020” iatu Program Bantuan Persekolahan Sesi Tahun 2020. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban anggota dalam persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Bantuan berupa beg sekolah dan set alat tulis diberikan kepada anggota yang telah berjaya mengesahkan borang permohonan mereka. Hanya seorang anak daripada setiap anggota sahaja yang layak mendapatkan bantuan ini. Selain itu, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara pihak Koperasi dengan komuniti Anggota. Bantuan tersebut diagihkan dan diserahkan oleh Anggota Lembaga Koperasi kepada anggota di setiap negeri masing-masing. Anggota yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor pula telah diminta untuk menuntut bantuan mereka di Ibu Pejabat Koperasi iaitu di Bangsar. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.